be my Followers

klik klik klik

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, November 20, 2013

Tarikh Lahir & Personaliti

APAKAH TARIKH LAHIR ANDA???

Januari 01-09 ~ Anjing        
Januari 10-24 ~ Tikus      
Januari 25-31 ~ Singa
         
Februari 01-05 ~ Kucing        
Februari 06-14 ~ Merpati        
Februari 15-21 ~ Kura-kura        
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang        

Mac 01-12 ~ Monyet        
Mac 13-15 ~ Singa        
Mac 16-23 ~ Tikus        
Mac 24-31 ~ Kucing
         
April 01-03 ~ Anjing        
April 04-14 ~ Harimau Bintang        
April 15-26 ~ Tikus        
April 27-30 ~ Kura-kura
       
Mei 01-13 ~ Monyet        
Mei 14-21 ~ Merpati        
Mei 22-31 ~ Singa
       
Jun 01-03 ~ Tikus        
Jun 04-14 ~ Kura-kura        
Jun 15-20 ~ Anjing        
Jun 21-24 ~ Monyet        
Jun 25-30 ~ Kucing
         
Julai 01-09 ~ Tikus        
Julai 10-15 ~ Anjing        
Julai 16-26 ~ Merpati        
Julai 27-31 ~ Kucing
         
Ogos 01-15 ~ Monyet        
Ogos 16-25 ~ Tikus        
Ogos 26-31 ~ Kura-kura        

September 01-14 ~ Merpati        
September 15-27 ~ Kucing        
September 28-30 ~ Anjing
       
Oktober 01-15 ~ Monyet        
Oktober 16-27 ~ Kura-kura        
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang        

November 01-16 ~ Singa        
November 17-30 ~ Kucing
         
Disember 01-16 ~ Anjing        
Disember 17-25 ~ Monyet        
Disember 26-31 ~ Merpati

 ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●
Anjing
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.          

 ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●
Tikus
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.         

 ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●   
Singa
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.         

  ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●   
Kucing
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.         

 ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●
Kura-kura
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakankedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidakakan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memangdisayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakangdan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka.Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkanbalasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihatkehidupan sebagai latihan praktikal.         

 ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●     
Merpati
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujukdan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!         

 ●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●
Harimau Bintang
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari. 

●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●
Monyet
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Monday, November 18, 2013

FamiLy Day

salam..
entry ni aku tulis khas untuk share gambar-gambar bersama family tercinta sepanjang hujung mggu yg baru lepas ni..hehe
























semua gambar-gambar ni di ambil masa kami join FamiLy Day ofis mak aku kat Damai Beach Resort..
kemalasan pulak aku nak tulis banyak-banyak caption...huhu
biar gambar-gambar ni sendiri yang bercerita..

kesimpulannya...keluarga adalah harta paling bernilai dalam hidup kita...hargailah mereka selagi Allah sudi meminjamkan mereka kepada kita..
Alhamdullillah..
Terima Kasih ya Allah. :)

Friday, September 6, 2013

Salam Syawal!!

salam Syawal untuk semua di hari terakhir bulan Syawal untuk tahun ni...sedih rasanya nk melepaskan Syawal berlalu..
tapi xpa,,Insyaallah...kita akan bertemu Syawal di tahun akan datang..mudah mudahan la panjang umur kita kan..hehe

sebelum Zulkaedah datang,,jom nk share sikit gambar-gambar raya bersama family,rakan-rakan dan orang tersayang :)











hehehehe...senyum sorang tengok gambar-gambar ni semua tau..
macam-macam kenangan untuk di kenang nanti..hihi...
ok,,sampai sini dulu entry ni...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir & Batin 

Thursday, September 5, 2013

FEAR??

TAKUT??PENAKUT??DITAKUTI??MENAKUTI??


sedar tak sedar,,inilah realitinya..hehe
YES or NO??
BETUL atau SALAH??
SETUJU atau TIDAK?

bak kata encik NabiL....LU PIKIR LA SENDIRI :)

Wednesday, September 4, 2013

miss them very much..


hampir setahun dh anak-anak buah aku tak balik Kuching...
SANGAT-SANGAT rindu kat dia orang ni...yg kecik tu sekarang dh pandai berjalan dh pun...
last aku jumpa dia Januari lepas..itu pun masa tu kami sefamili yg pegi jenguk dia orang kat Melaka...masa tu dia belum pandai berjalan lagi...masih merangkak...

hari raya lepas adik aku (mak dia orang) hantar gambar anak-anak buah aku...cukup la untuk melepas rindu sikit...





tunggang langgang je gambar yg adik aku hantar ni...hihi...
CUTE je dia pakai baju kurung kan....geram aku nk peluk cium je budak kecik ni...
abang-abang dia masih jugak macam tu....masih terserlah kenakalan dia orang...rinduuuuu giler dgn telatah mereka semua...

sekarang aku tengah intai-intai tiket flight..mana tau ada offer..dpt jugak la nk pergi melawat famili adik aku ni...melepas rindu kat anak-anak buah aku yg makin membesar ni...harap-harap ada la tiket offer..huhu

Friday, August 30, 2013

kawasan mana kerap dijajah JERAWAT??

AAAargggghhhh!!!
awal-awal dh jerit kuat-kuat...JERAWAT & aku boleh dikatakan sgt Sinonim kot...hihi..sebab aku memang dh mula mengalami masalah kulit berjerawat ni sejak dari sekolah menengah lagi...
dh bermacam-macam produk aku cuba..tp belum ada yang betul-betul sesuai..jumpa doktor kulit pun sudah,,tapi ubatan yg dia org kasi memang BERAPIIII la $$$ nya..huhu..cannot cannot...terlalu HIGH MAINTAINANCE...huhu

tapi syukur la sekarang,Jerawat dh mula berkurangan..tp parut nya pulak yg tinggal...kena cari lagi la produk utk singkirkan si Parut ni pulak..hhuhuhu..
USAHA TANGGA KEJAYAAN!!
haha..hopefully nnti akan jumpa la produk yg sesuai untuk masalah aku ni...

so,selain drpd carik alternatif produk untuk masalah jerawat ni..kita kena tahu jugak punca-punca pertumbuhan jerawat ni kan..barulah boleh fikirkan cara mencegah drpd pertumbuhan jerawat yg lebih banyak...
aku ada terbaca artikel yg salah seorang kawan share kat FB..pasal lokasi jerawat & puncanya..aku share kan kat blog ni untuk sesiapa yg membaca blog aku ni...

jom baca!!aku COPY & PASTE je kat sini..ambik dr FB..kan orang kata SHARING IS CARING... ♥ 

LOKASI JERAWAT & PUNCANYA


Kenalpasti lokasi jerawat anda dan puncanya.
Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam.

6: Jantung – Jaga tekanan darah.Kurangkan makan pedas dan daging.Tingkatkan pemakanan kaya Omega 3.

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air.Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama.Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


****PSSSTTTT...korang punya banyak kat bahagian mana???aku slalunya kat 11,12 &13....urggghhhh!!
Stress & Hormon???hurmmmm..maybe si Jerawat ni nak aku kawen cepat kot...muahahaha...mana la tau lepas kawen hormon tertatur & x stress2 lagi..muahahahahahaha...GATAL!!

Thursday, August 29, 2013

Spagetthi Ala Puan Stilla

hehehehehe..
actually mesti ramai dh tahu mcm mana nk buat Spagetthi ni kan...smuanya guna bahan instant je...Senangggg!
tapi,,aku ni pulak baru je 1st time cuba buat sendiri..hikhik..
almaklumla,,aku ni memang jarang masuk dapur..sekali sekala bila mood nk masak tu datang,,menjadi jugak la percubaan aku...


amacam??
nampak sedapp x?hihi
aku buat ikut bahan-bahan cadangan dr My Very Good Friend..
Puan Stilla..
hehe..kalau nk jenguk blog dia,,klik je link ni
-->> http://stillaroyazrie.blogspot.com/

ok..meh aku share bahan-bahan apa yg aku letak dlm Spagetthi aku ni..semuanya instant mix je..boleh dapat kat mana-mana shopping mall...asalkan RAJIN je nk buat..hihi

1.Instant Spagetthi

2.Prego Instant Sauce "3 beradik"




3.Perencah Sos Maggi Spagetthi Bolognaise



4.Mushroom 



5.Nanas



6.Daging Kisar (Terpulang la nk ayam or daging)


7.Beberapa ulas bawang putih

itu je la bahan-bahan yg diperlukan...
cara buat,,
rebus instant Spagetthi..sambil tu,tumis bawang putih & daging sampai daging betul-betul masak..lepas tu masukkan perencah Maggi tu..gaul sampai sebati...lepas tu baru la masukkan Prego "3 Beradik" dan bahan-bahan yg lain tu...biarkan sekejap dan SIAP!!huuhuuuhu
boleh hidangkan & makan..
kalau nak lebih sedap,,taburkan grated cheese kat atas sebelum makan....NYUMMYYY


Wednesday, July 3, 2013

Just Give Me A Reason...TOUCHING!!!


" Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again ♥ ''


---->>> SUMPAH!!!lagu ni sangat buat aku touching...OMG...sedihnya...sob sob sob...kena pulak time tgh broken hearted sekarang....sedih sgt siottt!!!play & rewind berkali2 pun x jemu... 

My Prince Charming ~ Kang Gary ♥


강개리
Birth Name: Kang Hee Geon/Gun
Stage Name: Gary
Nickname: Monday Boyfriend (Jihyo’s Boyfriend), Peaceful Gary, Calm Gary, Go Straight Gary, Gae-cholas Cage
Birthdate: February 24 1978
Blood Type: A
Height: 174cm
Weight: 70kg
Occupation: Rapper
Year Active: 1999 (1st Album LeeSsang)







Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers