salam satu malaysia...
ceh...semangat ni weii...
hikhik
gawai dayak...
apa yg anda tahu ttng gawai dayak??
haaa...
jom baca info ni...
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.
Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.
Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak
demikian la sedikit info mengenai Gawai Dayak yg aku dpt kongsikan bersama korang wahai readers ku sayang..
kepada rakan2 yg meraikan Gawai Dayak..
aku ucapkan selamat hari gawai!!
semoga gawai kali ini memberi byk kenangan indah utk kalian!!
enjoy ur day fren!!
p/s :
teringin jgk nk join keadaan sebenar ketika sambutan gawai ni..
tp,,x da peluang lagi..
hope satu hari nnti leh join mereka la..
2 comments:
bestnyee.. slamat hari gawaiii & kawaiiii :)
selamat hari gawai kat awk jugak..kita kan 1 malaysia!!huhu
Post a Comment