be my Followers

klik klik klik

Friday, August 30, 2013

kawasan mana kerap dijajah JERAWAT??

AAAargggghhhh!!!
awal-awal dh jerit kuat-kuat...JERAWAT & aku boleh dikatakan sgt Sinonim kot...hihi..sebab aku memang dh mula mengalami masalah kulit berjerawat ni sejak dari sekolah menengah lagi...
dh bermacam-macam produk aku cuba..tp belum ada yang betul-betul sesuai..jumpa doktor kulit pun sudah,,tapi ubatan yg dia org kasi memang BERAPIIII la $$$ nya..huhu..cannot cannot...terlalu HIGH MAINTAINANCE...huhu

tapi syukur la sekarang,Jerawat dh mula berkurangan..tp parut nya pulak yg tinggal...kena cari lagi la produk utk singkirkan si Parut ni pulak..hhuhuhu..
USAHA TANGGA KEJAYAAN!!
haha..hopefully nnti akan jumpa la produk yg sesuai untuk masalah aku ni...

so,selain drpd carik alternatif produk untuk masalah jerawat ni..kita kena tahu jugak punca-punca pertumbuhan jerawat ni kan..barulah boleh fikirkan cara mencegah drpd pertumbuhan jerawat yg lebih banyak...
aku ada terbaca artikel yg salah seorang kawan share kat FB..pasal lokasi jerawat & puncanya..aku share kan kat blog ni untuk sesiapa yg membaca blog aku ni...

jom baca!!aku COPY & PASTE je kat sini..ambik dr FB..kan orang kata SHARING IS CARING... ♥ 

LOKASI JERAWAT & PUNCANYA


Kenalpasti lokasi jerawat anda dan puncanya.
Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam.

6: Jantung – Jaga tekanan darah.Kurangkan makan pedas dan daging.Tingkatkan pemakanan kaya Omega 3.

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air.Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama.Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


****PSSSTTTT...korang punya banyak kat bahagian mana???aku slalunya kat 11,12 &13....urggghhhh!!
Stress & Hormon???hurmmmm..maybe si Jerawat ni nak aku kawen cepat kot...muahahaha...mana la tau lepas kawen hormon tertatur & x stress2 lagi..muahahahahahaha...GATAL!!

Thursday, August 29, 2013

Spagetthi Ala Puan Stilla

hehehehehe..
actually mesti ramai dh tahu mcm mana nk buat Spagetthi ni kan...smuanya guna bahan instant je...Senangggg!
tapi,,aku ni pulak baru je 1st time cuba buat sendiri..hikhik..
almaklumla,,aku ni memang jarang masuk dapur..sekali sekala bila mood nk masak tu datang,,menjadi jugak la percubaan aku...


amacam??
nampak sedapp x?hihi
aku buat ikut bahan-bahan cadangan dr My Very Good Friend..
Puan Stilla..
hehe..kalau nk jenguk blog dia,,klik je link ni
-->> http://stillaroyazrie.blogspot.com/

ok..meh aku share bahan-bahan apa yg aku letak dlm Spagetthi aku ni..semuanya instant mix je..boleh dapat kat mana-mana shopping mall...asalkan RAJIN je nk buat..hihi

1.Instant Spagetthi

2.Prego Instant Sauce "3 beradik"




3.Perencah Sos Maggi Spagetthi Bolognaise



4.Mushroom 



5.Nanas



6.Daging Kisar (Terpulang la nk ayam or daging)


7.Beberapa ulas bawang putih

itu je la bahan-bahan yg diperlukan...
cara buat,,
rebus instant Spagetthi..sambil tu,tumis bawang putih & daging sampai daging betul-betul masak..lepas tu masukkan perencah Maggi tu..gaul sampai sebati...lepas tu baru la masukkan Prego "3 Beradik" dan bahan-bahan yg lain tu...biarkan sekejap dan SIAP!!huuhuuuhu
boleh hidangkan & makan..
kalau nak lebih sedap,,taburkan grated cheese kat atas sebelum makan....NYUMMYYY