be my Followers

klik klik klik

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

osama dikatakan dh mati..betul or x betul ni???

selamat tengahari u all...
korang tgk x tv3 buletin 130 td??
 berita cakap byk pihak yg tarik balik gmba yg konon2 nya Osama tu...
hurmmmm..

sekarang mmg tgh gempar berita ttng kematian Osama bin Laden kan...
so,,aku pun turut sok sek sok sek gak pasal tu...
then,,td aku terjumpa la vdeo ni kat Youtube...
korang tgk la...


sekarang aku bengong...
betul x si Osama ni dh mati??
atau cerita rekaan semata2..
confused!!

Friday, April 8, 2011

video d sekitar pengebumian Penolong Pengarah Kastam yg mati terjatuh dr bangunan SPRM

salam jumaat sekali lagi kwn2...
meh nk share video sekitar majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Sarbani,,Penolong Pengarah Kastam Selangor yg dikatakan mati akibat TERJATUH dr tingkat 3 bangunan SPRM beberapa hari yg lepas...
marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk arwah beliau..
semoga beliau d tempatkan dlm golongan2 yg dirahmati Allah...

..AL~FATIHAH..



(sumber drpd YOUTUBE & MALAYSIAKINI.TV)

Wednesday, August 25, 2010

selamat hari wanita!!~


salam petang u all...
hari ni 25 ogos 2010 merupakan Hari Wanita...
so,,aku pun x nak la ketinggalan nk mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua yg bergelar wanita yg sudi singgah membaca d blog aku ni...


aku harap..
kita semua yg bergelar wanita @ perempuan ni..
jagalah diri kita ni sebaiknya..
aku ni bukan cakap kat korang je..
cakap kat diri aku ni sekali..
ehehehe

akhir kata,,
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA
kepada semua wanita d luar sana ye!!




p/s :
love 2 be a girl,a daughter,a women 
and soon 2 be a wife , a mother & a grandma..
hihi
love 2 be me!!~

Tuesday, July 6, 2010

oh Paul!!kenapa kau pilih dia??


salam u all...
x terasa kan..bahang bola sepak piala dunia 2010 dh pon hampir ke klimaks nya...
dan dlm keghairahan aku menyaksikan team kegemaran aku, GERMANY, dh melangkah ke separuh akhir dgn gagahnya setelah menewaskan argentina pada peringkat suku akhir...
tba2 aku rasa terpempan dgn berita yg aku dgr semasa on the way nk g kerja pagi tadi...
Paul,,, si sotong kurita telah meramalkan yg SEPANYOL yg akan memenangi perlawanan peringkat separuh akhir antara sepanyol & germany esok...

adoyaiiiii!!!
kenapa la dia pilih sepanyol???
aku sgt2 la mengharapkan yg germany yg akan mara ke final...
hurmmm...

berdasarkan ramalan2 si Paul ni utk perlawanan2 yg melibatkan negara germany..
semuanya tepat...




ni antara gmba2 yg aku cedok dr koleksi mr.google..

aku sgt2 la berharap..
ramalan paul utk kali ni adalah salah...
GERMANY bakal juara piala dunia 2010!!!
sgt2 berharap ini akan menjadi kenyataan..
huhu



p/s :
aku ni mmg agak gila bola ckit...
tp,,xpernah try main..
main futsal tu ada la..
kalau aku main bola kat atas padang mcm dia org ni,..
aku rasa...
x sampai 10minit aku dh pengsan..
PADANG TERLALU BESAR!!
huhu

Wednesday, May 26, 2010

darah bayi memancut keluar!!

salam semua...
hurmmm...pagi ni masa on the way nk g keja..aku dgr la radio kat dlm kereta..
HOTFM..lebih hangat daripada biasa..hehe

segmen buletin hot pagi td ada bagi tau pasal kes buang bayi terbaru..kes ni baru je berlaku malam semalam...

aku sampai je kat ofis pagi ni..seperti biasa..on laptop..update la aku punya facebook..alih2 aku terjumpa plak link yg sorang kakak ni share..tajuknya "darah memancut keluar"..
apa lagi..aku pun klik la link tu..nk tgk apa cerita yg sebenar...
bila aku baca kisah sebenarnya..rupa2nya kes yg sama yg aku dgr kat radio tadi..kes buang bayi...


ni la petikan berita tu yg aku copy dr link yg aku bukak tadi...korang baca dan bayangkanla mcm mana...kejam betul mak bapak budak tu!!
 
petikan dari BERITA HARIAN ONLINE..


"Mayat bayi baru lahir ditemui ditanam tepi landasan kereta api

SHAH ALAM: Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih berdarah ditemui ditanam berhampiran landasan kereta api, Stesen Komuter Padang Jawa di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu selepas menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 10 malam. Berdasarkan keadaan bayi cukup sifat, katanya, polis percaya bayi itu baru dilahirkan dan ditanam di kawasan itu dalam tempoh 24 jam. “Sebelum penemuan mayat bayi itu, kami dimaklumkan seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terlihat satu longgokan tanah berbentuk kubur, kira-kira satu meter dari landasan berkenaan.

“Pekerja itu kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Rela Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya, sebelum bersama pekerja terbabit dan seorang sukarelawan ke tempat kejadian pada jam 9.15 malam untuk mendapatkan kepastian.

“Mereka kemudian menggali kawasan itu dan pada kedalaman kira-kira satu kaki, tiba-tiba darah memancut keluar dari timbunan tanah yang digali.

“Curiga dengan kejadian itu, mereka kemudian menelefon pihak polis memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Sukarelawan Polis, Nor Sharijan Yusof berkata, beliau memeriksa bungkusan kain lampin itu dan terkejut mendapati mayat bayi masih ada tali pusat.

“Saya percaya bayi itu baru dilahirkan berikutan sifatnya cukup dan najis yang terdapat pada bahagian kain lampin,” katanya.

Mayat bayi lelaki masih berdarah itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. "


kejam kan????hurmmm..
apa la agaknya dosa bayi ni kat dia org smpai sanggup buat mcm ni kat anak sendiri...
aku doakan semoga mak bapak budak ni cepat2 la di temui n dpt hukuman dunia yg setimpal...sanggup bunuh darah daging sendiri....aduhhh!!apa la nk jadi kan...???

aku share entry ni dgn korang semua bertujuan agar kita sama2 mendapat iktibar dan menilai baik buruk sesuatu kejadian..dapat jgk kita sama2 jadikan tauladan dan pengajaran dalam kehidupan kita masing2....

wallahualam.....



p/s :
berdiri bulu roma aku baca kisah ni tadi..
mintak d jauhkan la aku dari terlibat dgn perkara2 mcm ni...
aminnnn...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers