salam semua...
hurmmm...pagi ni masa on the way nk g keja..aku dgr la radio kat dlm kereta..
HOTFM..lebih hangat daripada biasa..hehe
segmen buletin hot pagi td ada bagi tau pasal kes buang bayi terbaru..kes ni baru je berlaku malam semalam...
aku sampai je kat ofis pagi ni..seperti biasa..on laptop..update la aku punya facebook..alih2 aku terjumpa plak link yg sorang kakak ni share..tajuknya "darah memancut keluar"..
apa lagi..aku pun klik la link tu..nk tgk apa cerita yg sebenar...
bila aku baca kisah sebenarnya..rupa2nya kes yg sama yg aku dgr kat radio tadi..kes buang bayi...
ni la petikan berita tu yg aku copy dr link yg aku bukak tadi...korang baca dan bayangkanla mcm mana...kejam betul mak bapak budak tu!!
petikan dari BERITA HARIAN ONLINE..
"Mayat bayi baru lahir ditemui ditanam tepi landasan kereta api
SHAH ALAM: Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih berdarah ditemui ditanam berhampiran landasan kereta api, Stesen Komuter Padang Jawa di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu selepas menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 10 malam. Berdasarkan keadaan bayi cukup sifat, katanya, polis percaya bayi itu baru dilahirkan dan ditanam di kawasan itu dalam tempoh 24 jam. “Sebelum penemuan mayat bayi itu, kami dimaklumkan seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terlihat satu longgokan tanah berbentuk kubur, kira-kira satu meter dari landasan berkenaan.
“Pekerja itu kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Rela Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya, sebelum bersama pekerja terbabit dan seorang sukarelawan ke tempat kejadian pada jam 9.15 malam untuk mendapatkan kepastian.
“Mereka kemudian menggali kawasan itu dan pada kedalaman kira-kira satu kaki, tiba-tiba darah memancut keluar dari timbunan tanah yang digali.
“Curiga dengan kejadian itu, mereka kemudian menelefon pihak polis memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Sukarelawan Polis, Nor Sharijan Yusof berkata, beliau memeriksa bungkusan kain lampin itu dan terkejut mendapati mayat bayi masih ada tali pusat.
“Saya percaya bayi itu baru dilahirkan berikutan sifatnya cukup dan najis yang terdapat pada bahagian kain lampin,” katanya.
Mayat bayi lelaki masih berdarah itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. "
kejam kan????hurmmm..
apa la agaknya dosa bayi ni kat dia org smpai sanggup buat mcm ni kat anak sendiri...
aku doakan semoga mak bapak budak ni cepat2 la di temui n dpt hukuman dunia yg setimpal...sanggup bunuh darah daging sendiri....aduhhh!!apa la nk jadi kan...???
aku share entry ni dgn korang semua bertujuan agar kita sama2 mendapat iktibar dan menilai baik buruk sesuatu kejadian..dapat jgk kita sama2 jadikan tauladan dan pengajaran dalam kehidupan kita masing2....
wallahualam.....
p/s :
berdiri bulu roma aku baca kisah ni tadi..
mintak d jauhkan la aku dari terlibat dgn perkara2 mcm ni...
aminnnn...
13 comments:
salam...org gila buat kerja tu...kenapa mak dia tak buang dia mas kecik dulu...
ye la kan...kesian baby tu..x bdosa pun..
semoga mereka yang bertanggungjawab di atas bayi tersebut mendapat balasan yang setimpal...
ps: jalan2 la blog saya
annaz~amniiiinnn..harap2 begitu la..insyaallah nnti saya jenguk blog awk k..
huuuu..nang kejam!binatang yg menanam bayi ya fikir nya akan selamat,sik akan tertangkap, tapi kuasa Tuhan bah, kebetulan ada org polah kerja kat sia..temu juak ngan mayat baby ya. Huhu. Sik aman hidup binatang ya klak. Hishh. Emo dah mek tok eh..
kmk baca berita ya tdk meremang bulu roma mek...
skrg ni semua da xpikir halal haram da..pikir nak sedap jew..lpas tu rezki anak tu dianggap bala...huhuhu~~bersungguh2 nana komen kat cni~ :P
hehe..btul apa yg nana cakap tu..ingat sedap je..hmmm...smoga dia org cpt2 sedar
nang caken lah mak bapak baby ya...sikda ati perut lgsg...tedah baby ya bah...=(
mek doa mak bpk mbiak ya dpt balasan setimpal!!
tuhan akn balas setip yg berlaku.. visit mine.. 99 balloons .. ada nak tapi di tarik nikmat nye...
singgah kejap!
tengok kes buang bayi ni..:)
frogy~aminnn..biar tuhan balas perbuatan mereka tu
cindir-rela~singgah2 la slalu
Post a Comment